Pages

Showing posts with label sirah. Show all posts
Showing posts with label sirah. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Dakwah Rasul SAW kepada Adi bin Hatim RA

- Adi lari dari Madinah, hingga ke Syria, sebab tak suka dengan keadaan Madinah. Ended up tak suka dengan keadaan Syria, melebihi tak sukanya dengan Nabi SAW.
- Then beliau fikir, kalau berjumpa Nabi, kalau Muhammad itu pendusta, beliau takkan terpengaruh. Kalau Muhammad itu benar, beliau akan pasti tahu.
- Bila jumpa Nabi, Nabi dakwah, Islamlah kamu, kamu akan selamat.
- Adi kata, aku ada agamaku sendiri. Nabi bersabda, aku lebih tau agama kamu lebih dari kamu tahu. Adi terperanjat. Nabi bersabda, bukankah kamu beragama something (antara Nasrani dengan penyembah bintang). Dan bukankah kamu makan 1/4 dari harta kaum kamu? Adi kata, ya. Nabi bersabda, bukankah kamu makan itu, tidak dibenarkan dalam agama kamu? Adi kata, ya.
- Nabi tanya, apa yang menghalang kamu. Adi jawab, pengikut2 kamu. Ramai dari golongan lemah dan miskin.
- Nabi tanya, kamu tau Hirah (satu bandar dekat Kufah)? Adi kata, aku belum sampai sana tapi pernah mendengar tentangnya. Nabi bersabda, Allah akan sempurnakan agama ini hingga seorang wanita akan keluar dari Hirah seorang diri dan tawaf di Baitullah tanpa sebarang jaminan (maknanya keadaan begitu aman).
- Nabi sabda lagi, dan pembendaharaan Kisra akan runtuh dan jatuh ke tangan orang2 Islam. Adi, melihatkan keadaan para sahabat yang lemah, sedangkan Kisra Parsi adalah satu kuasa besar ketika itu, double check, Kisra bin Hurmuz? Ya, jawab Nabi.
- Tambah Nabi lagi, Allah akan limpahkan nikmatnya sehingga satu masa tiada orang lagi akan mahu terima zakat (kerana kayanya mereka).
- Adi bin Hatim RA kata, aku sudah melihat perempuan yang datang dari Hirah dan tawaf. Dan aku adalah antara yang menakluk Parsi. Sudah pasti perkara ketiga akan terjadi, kerana Nabi sudah pasti bercakap benar.

Monday, April 18, 2011

neighbour, waiting, and sacrifice

Seorang Yahudi, jiran kepada Abdullah bin Masud RA, ingin menjual rumahnya. Harga yang diletakkan, ialah 100 ribu dirham. Walhal, harga semasa hanyalah 1000 dirham. Bila ditanya, jiran itu memberitahu, bukan tanah atau rumahnya yang mahal, tapi untuk berjiran dengan seorang jiran seperti Abdullah bin Masud RA itulah yang mahal.

***

Menunggu itupun termasuk dalam usaha agama.

Ø Untuk gash, kena tunggu. Untuk bayan, kena tunggu. Untuk bayan hidayat, kena tunggu.

Ø Berapa banyak masa kita sudah habiskan menunggu untuk urusan keduniaan. Menunggu untuk hal akhirat, jauh lebih bernilai dari menunggu untuk hal dunia.

Ø Menunggu itu sendiri satu proses tarbiah untuk jiwa.

Ø Menunggu dapat mengajar untuk kita bersabar dan banyak bersangka baik.

***

Apabila kita keluar, bukan kita sahaja yang berkorban:

Ø Isteri dan anak berkorban, untuk hal- hal di rumah bila ketiadaan suami

Ø Rakan pejabat berkorban, untuk ambil alih tugas kita

Hargailah pengorbanan mereka. Jangan sia- siakan masa yang telah diperolehi daripada pengorbanan mereka.


***

A neighbor of Abdullah ibn Masud RA, a Jew, wanted to sell his house. The offer price is at 100 thousand dirhams. The market value is only at 1000 dirhams. When asked, he replied, it’s not the house nor the land that is expensive, it’s having a neighbor like Abdullah ibn Masud RA that makes it expensive.

***

Waiting is also part of effort.

Ø For gash, we need to wait. For bayan, we need to wait. For hidayat talk, we need to wait.

Ø How much times have we spent for waiting for our worldly matters? Waiting for akhirat matters, is much much more valuable compared to waiting for worldly matters.

Ø Waiting itself is a process of rectification for ourselves.

Ø Waiting teaches us to be patience and have a good thought of others.

***

When we go out in the path of Allah, it’s not just us that make sacrifice.

Ø Our wive and kids, they sacrificed of doing household chores without father at home

Ø Colleagues at work, they sacrificed to take over our tasks / meetings at the office

Therefore, appreciate their sacrifices and spend our time wisely.

Wednesday, June 23, 2010

On solah, door-to-door, young leader

Solah:

- Solah starts from taharah to salam, not from takbir.
- When we stand in solah, we should feel that our sins are lifted from our feet towards our heads, and when we bow (ruku’), the sins are released. Therefore, we should happy to stand longer in our solah (Sahih Jazbah)
- If there’s no ihsan in solah, i.e. feeling that Allah is looking at us in solah, then that is not a solah.

Door-to-door:

- Door-to-door is a must everyday (aside from our khususi), to increase our iman.
- Don’t specify the house to go, just specify the routes.
- Speak about: 1) Work of nubuwwat, 2) Iman / Kalimah Toyyibah
- Invite on: 1) Going out in the path of Allah (khuruj), 2) local efforts
- Don’t be affected with their Insya Allah if they try to cut short
- It’s better to know their occupation, especially if they’re ulama.

A young companion RA, was selected to be the leader of a group that includes Abu Darda RA (old timer / purana) & Muaz Jabal RA (scholar / ulama). He asked Nabi SAW what to do, regarding presiding over these two great figures? Nabi SAW advised the young companion RA, to always ask their advices whenever he wants to decide on anything.
- Young leader should not be worried when his group includes people senior than him, old timer, or scholars.

******

Solat:

- Solat bermula dari bersuci, bukannya dari takbir.
- Bila kita berdiri dalam solat, kita seharusnya membayangkan dosa- dosa kita diangkat dari kaki ke kepala. Bila kita rukuk, maka dosa- dosa itu terbebas dari kita. Oleh itu, kita sepatutnya berasa gembira berdiri lebih lama dalam solat kita.
- Kalau tiada ihsan dalam solat, iaitu membayangkan Allah melihat kita dalam solat, maka itu bukanlah solat.

Pintu ke pintu:

- Dakwah pintu ke pintu sepatutnya dibuat setiap hari, selain khususi, untuk meningkatkan iman kita.
- Jangan tentukan rumah yang hendak diketuk, tentukan jalannya sahaja.
- Percakapan berkisar: 1) Kerja kenabian, 2)Iman / Kalimah
- Ajak kepada: 1) Keluar di jalan Allah, 2) Usaha tempatan
- Jangan terkesan dengan “Insya Allah” mereka, bila mereka cuba memendekkan perbualan.
- Lebih baik kalau kita tahu keperluan mereka, lebih- lebih lagi jika ulama.

Seorang sahabat muda, RA, dilantik menjadi amir kepada satu jemaah, yang di dalamnya terdapat Abu Darda RA (orang lama / rakan seusaha yang lama) dan Muaz Jabal RA (alim ulamak). Beliau bertanyakan Nabi SAW, apa yang perlu dilakukannya bila mana jemaahnya dianggotai dua tokoh ini. Nabi SAW menasihatkannya supaya, dalam membuat keputusan, selalulah bertanyakan pendapat kedua- dua mereka.
- Amir- amir yang muda tidak seharusnya risau bila jemaah mereka dianggotai orang- orang lama atau alim ulamak.

Tuesday, June 1, 2010

Slander of Aishah RA

When Aishah RA was slandered (Hadithul Ifk), she didn't know about it, and even the whole Madinah became worried but the help from Allah didn't come. Because one person doesn't have the fikir, i.e. Aishah RA herself. When Aishah RA listened to the whispers from womenfolk, then she became worried. Only then, the help of Allah descended.

Morale: Situation hardly changes regardless of how many people become worried about it, if the person afflicted himself didn't have the worry. Only when the affected person starts worrying, then the help of Allah will come.

***

Bila Aishah RA difitnah, beliau tidak sedar pada mulanya yang beliau sedang difitnah. Oleh itu, walaupun seluruh kota Madinah risau tentang keadaan itu, pertolongan Allah belum turun. Hanya apabila Aishah RA terdengar bisikan para kaum wanita, barulah beliau menjadi risau dan mula mengetahui tentang keadaan dirinya. Selepas itulah, pertolongan Allah turun.

Keadaan sukar berubah, walaupun seramai mana yang risau tentang keadaan itu, selagi orang yang terlibat itu sendiri tidak ada kerisauan yang sama. Hanya apabila timbul kerisauan dari orang itu sendiri, barulah pertolongan Allah akan tiba.

Wednesday, March 3, 2010

Contoh yakinnya Sayidina Umar RA / Example of how convinced Sayidina Umar RA

Kisah masyhur, semasa Rasul SAW berhijrah, baginda telah dikejar oleh Suraqah, seorang penjejak (trekker / tracker?) yang mahir. Dan seterusnya, kisahnya sekian sekian, bila Suraqah ditanya oleh baginda, apakah ganjaran yang ditawarkan? Jawabnya, 100 ekor unta. Rasul SAW berkata, mafhumnya, Kamu mengejar aku kerana 100 ekor unta, aku tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan kamu bila kamu memakai gelang- gelang Kisra.

Semasa pemerintahan Sayidina Umar RA, telah berlaku perang di mana kerajaan Parsi telah dapat dijatuhkan. Harta rampasan melimpah- ruah di luar kebiasaan; antaranya permaidani sebesar 3 padang bola sehingga perlu dipotong- potong, mahkota Kisra yang sarat bertatahkan permata dan berlian. Beratnya mahkota itu, sehinggakan perlu digantung dengan rantai- rantai emas, dan Kisra hanya meletakkan kepalanya tanpa menampung beratnya mahkota itu. Jika putus rantai- rantai itu, patah leher Kisra kerana beratnya mahkota itu.

Setelah dihimpunkan kesemua harta rampasan, maka senarai harta rampasan pun dibuat oleh Abu Ubaidah Jarrah RA. Abu Ubaidah RA, berdasarkan hadis Nabi SAW, merupakan orang yang paling amanah dalam umat ini. Bila diserahkan kepada Sayidina Umar RA, selepas membacanya, Umar RA berkata, "Senarai ini tidak lengkap." "Apa yang tidak lengkap?" "Ini tidak boleh diberitahu, kamu sendiri yang harus mencarinya."

Maka, dicari- cari di pelosok istana Kisra, hingga terjumpa satu pasu yang diisi jerami. Bila diangkat jerami, didapati gelang- gelang Kisra. Dan diserahkan kepada Sayidina Umar RA.

Sayidina Umar RA menyembunyikan gelang- gelang itu di belakangnya, lalu diperintahkan Suraqah RA dipanggil. Suraqah RA pun datang, lalu Sayidina Umar RA memintanya menghulurkan kedua- dua belah tangannya. Bila dihulurkan, Sayidina Umar RA pun memasang kedua- dua belah gelang itu. Menangislah Suraqah RA, terkenangkan kata- kata Rasul SAW terhadap beliau.

Keterangan:
Betapa yakinnya Sayidina Umar RA terhadap kata- kata Rasul SAW, selepas berbelas- belas tahun berlalu (sejak Hijrahnya Rasul SAW), beliau masih ingat kata- kata baginda terhadap Suraqah. Sayidina Umar RA sanggup berkata senarai harta rampasan yang melimpah- ruah itu masih tidak lengkap, padahal dikumpul oleh seorang yang tidak lain, adalah orang yang paling amanah dalam umat ini. Bagi Sayidina Umar RA, orang yang paling amanah pun boleh berbuat silap, tapi janji Rasul SAW tidak pernah silap.

***

It's a famous story, during the migration of Rasul SAW, he was chased by Suraqah, a skillful tracker. The story goes, when Suraqah was asked by Rasul SAW, what is the reward offered for catching Rasul SAW, the reward is 100 camels. Rasul SAW said, more or less, You chased me because of 100 camels, I can't imagine what will you feel, when you got the bracelets of Kisra (Chosroe).

During the caliphate of Umar RA, a great battle occured where Persian Empire was defeated by Muslims. The war booties are so numerous, among them, carpets as big as 3 football fields, that later cut into pieces, and the crown of Kisra that is studded with gems and diamonds. The crown is so heavy that it needs to be hanged with golden chains, and the Kisra will just placed his head under the crown. If the chains crack off, the Kisra's neck will break because of the heaviness of the crown.

After all the booties were gathered, a list of them was made by Abu Ubaidah Jarrah RA, who is according to Rasul SAW, the most trusted person in my Ummat. When the list was handed to Sayidina Umar RA, Sayidina Umar RA read it for a while, and then said, "This list is not complete." "What's missing?" "I can't inform you, you have to find it yourself."

So, the whole palace of Kisra was searched, until they found a vase filled with hays. When the hays were lifted, there was the Kisra's bracelets hidden beneath. They were handed to Sayidina Umar RA.

He hid them behind his back, and ordered Suraqah RA to be summoned. When Suraqah RA came, Sayidina Umar RA asked him to give both hands. Sayidina Umar RA then helped putting the bracelets into Suraqah's hands. Upon this, Suraqah RA weeps in remembering the words Rasul SAW to him long time ago.

Morale:
How convinced Sayidina Umar RA with the words of Rasul SAW, after years and years (since the migration), he still remembered what Rasul SAW said to Suraqah RA. He insisted that the list of numerous bounties and booties from the war was not complete, although the person who compiled it, is none other than the one that Rasul SAW said, the most trusted person in my Ummat. For Sayidina Umar RA, the most trusted person can still do mistake, but the words of Rasul SAW never have any slightest mistake.