Pages

Tuesday, March 1, 2016

Be kind to animal

Imam Abu Ishaq Shirazi* sedang berjalan bersama murid-muridnya, apabila mereka tiba di sebuah jambatan yang merentasi sungai. Setelah beberapa langkah menyeberangi jambatan, mereka bertembung dengan seekor anjing yang menyeberang dari arah lawan. Jambatan hanya muat- muat sahaja untuk mereka menyeberang. Jauh sekali dari menghalau anjing itu, si Imam menyatakan anjing itu lebih berhak untuk menyeberang dahulu, kerana anjing itu berada sudah lebih dari separuh jarak jambatan, Beliau kemudiannya berundur dan mengarahkan murid-murid di belakangnya turut berundur untuk memberi ruang bagi anjing menyeberangi keseluruhan jambatan.


*Beliau adalah seorang imam mazhab Syafii yang masyhur. Antara kitabnya yang paling masyhur sebagai rujukan dalam mazhab Syafii ialah al-Muhazzab, yang mana kemudian disyarahkan lagi oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu'.

***

Imam Abu Ishaq Shirazi was walking with his students, when they came across a bridge that crosses over a river. After several steps walking on the bridge, they stumbled upon a dog that was crossing from the other side. The bridge can only fit a person at a time. Instead of chasing the dog away, the Imam said that the dog has the right of way, since the dog is already past half-way across the bridge. He then backed off and asked his students also to back off to give way to the dog to finish crossing the bridge.

*He was a famous scholar in Syafii school of jurisprudence. Among his famous works is al-Muhazzab that is being used as reference in the Syafii school. Imam Nawawi further wrote al-Majmu' as a commentary to this work of Imam Shirazi.

No comments:

Post a Comment